
DNZ TRANSPORT2U & Rakaniaga menawarkan perkhidmatan servis penghantaran barang ke hampir semua lokasi di Semenanjung Malaysia. DNZ TRANSPORT2U amat memahami situasi sekarang di mana pandemik koronavirus, yang disebabkan oleh penyakit COVID-19 masih menular di kalangan penduduk di dalam negara ini dan seterusnya menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan bagi memutuskan rantaian wabak penyakit maut ini. Larangan merentas daerah & negeri terpaksa dilakukan bagi mengekang wabak ini dari terus menular di kalangan para penduduk terutamanya di kawasan-kawasan yang terpencil seperti luar bandar, kampung dan sebagainya.
Disebabkan PKP inilah, pergerakan rakyat agak terhad hampir keseluruhan, terutamaya sekali semua aktiviti kehidupan seharian terpaksa dihadkan memandangkan kita sebagai rakyat perlu mematuhi arahan dari pihak berkuasa sepertimana yang telah ditetapkan. DNZ TRANSPORT2U amat memahami keperluan & kehendak bagi sesetengah rakyat, pengguna mahupun sektor perniagaan yang betul-betul memerlukan khidmat servis penghantaran barang dari pihak pengeluar / pengilang / pengedar / ejen terus ke pengguna mereka (end user). Disebabkan inilah DNZ TRANSPORT2U ingin cuba membantu menyelesaikan sebahagian daripada masalah pengangkutan yang timbul disebabkan tidak semua pihak yang terlibat boleh beroperasi sepenuhnya, boleh ke sana ke sini untuk menghantar barang dan pelbagai lagi keperluan aktiviti perniagaan mereka.
Melalui servis ini, DNZ TRANSPORT2U memberi jaminan kepada client-client mereka bahawa:
- Barangan cepat sampai ke tangan penerima sepertimana masa yang telah dicadangkan.
- Mendapat kualiti servis penghantaran barang premium setanding dengan servis kurier yang ada diluar sana.
- Mendapat penjagaan barangan yang terbaik dari krew-krew DNZ TRANSPORT2U & Rakaniaga mereka.
- Harga servis yang mampu-milik & berpatutan dengan kualiti servis yang ditawarkan.
- Unlimited perjalanan, asalkan lokasi penerima boleh diakses oleh kenderaan DNZ TRANSPORT2U & rakaniaga mereka.
Diharapkan dengan adanya servis penghantaran barang dariDNZ TRANSPORT2U & Rakaniaga dapat sedikit sebanyak membantu perusahaan / perniagaan kecil – sederhana – besar diluar sana bagi meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan mereka supaya kekal terus beraksi untuk masa hadapan.