Penghantaran Barang

Penghantaran Barang

Bercakap mengenai perkhidmatan kurier yang melibatkan aktiviti penghantaran barang samada menerusi jalan laut, udara mahupun darat, ianya semakin manjadi pantas disebabkan sistem pengurusan yang efisien dan teratur. Ketika kita sedang menuju wawasan 2020, syarikat-syarikat yang terlibat di dalam urusan bisnes penghantaran barang samada syarikat kecil mahupun besar sudah tentu mempunyai sistem kendalian barang mereka yang tersendiri ataupun mempunyai standard of procedure (SOP) bagi membolehkan sesuatu aktiviti bisnes itu dilakukan mengikut proses berperingkat bermula dari penerimaan barang sehinggalah kepada penyerahan barangan tersebut kepada pengguna terakhir (end user). Terdapat banyak syarikat yang melakukan bisnes penghantaran barang untuk dalam & luar negeri Semenanjung Malaysia termasuk juga Sabah dan Sarawak mahupun ke luar negara.

servis-penghantaran-barang

Bisnes Penghantaran Barang Pukal

Bagi syarikat yang menjalankan aktiviti bisnes penghantaran barang secara pukal mahupun secara kecil-kecilan, terdapat pelbagai pakej yang menarik yang menanti para pelanggan mereka. Antaranya, pakej penghantaran parcel melalui udara dan juga darat dimana ianya akan mengambil tempoh masa yang amat singkat (2-3hari waktu bekerja) sahaja. Pakej yang ditawarkan adalah pada kadar minima dan ianya bergantung kepada prestasi dan juga sumber resources yang ada pada syarikat-syarikat penghantaran yang terlibat. Tidak banyak syarikat yang mampu menawarkan pakej seperti ini melainkan syarikat tersebut mempunyai rangkaian servis yang meluas ke serata negeri. Dengan adanya cawangan ataupun pusat servis penghantaran barang di setiap daerah mahupun negeri, mereka dapat melakukannya dalam jadual waktu (time frame) yang telah ditetapkan.

Syarikat Penghantaran Barang Tempatan

Pada tahun 2019-2020 terdapat hampir 100 syarikat kurier dari kecil hinggalah berskala besar yang melakukan perkhidmatan penghantaran barang ke setiap destinasi yang ada di dalam Malaysia sehinggalah ke luar negara. Rata-rata pekerja yang bekerja dengan syarikat kurier ini adalah terdiri daripada warga tempatan dan kebanyakkan dari pada mereka adalah Bumiputera. Antara kelebihan menggunakan pekerja ataupun tenaga kerja warga tempatan adalah kerana golongan ini mahir dan cekap dengan jaringan jalan yang ada dan terdapat di negara kita ini. Oleh itu, banyak syarikat kurier tempatan yang kita dapat lihat beroperasi menggunakan tenaga kerja warga tempatan bagi melakukan aktiviti penghantaran barang kepada pelanggan mereka.

syarikat-penghantaran-barang

Harga Servis Penghantaran Barang

Apabila dibincangkan mengenai kadar harga servis penghantaran barang di dalam Malaysia ini, rata-rata syarikat perkhidmatan kurier mengenakan kadar caj ataupun bayaran berdasarkan kepada berat timbangan akan sesuatu barangan tersebut. Sebagai contoh, paling minima adalah serendah 80sen per kilogram dan ianya limit kepada beberapa jenis barangan sahaja. Sekiranya diukur mengikut trending semasa, syarikat kurier yang baru akan menawarkan kadar harga servis penghantaran barang jauh lebih murah berbanding dengan syarikat-syarikat kurier yang sudah lama beroperasi di dalam negara ini. Ini adalah perkara normal di dalam bisnes seperti ini disebabkan syarikat yang baru ini ingin dikenali ramai dan juga ingin memecahkan penguasaan pasaran semasa oleh syarikat-syarikat kurier yang telah bertapak lama dalam bisnes kurier ini. Setelah mereka ini mula dikenali ramai, sudah tentu harga akan mula berubah mengikut harga terkini.